May 01, 2012

Antara Redha dan Pasrah

Assalamu`alaikum..

Hari ini saya menonton siaran ulangan Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Norlaila Aniza untuk kali di TV9..Beliau mengupas tajuk Antara Redha dan Pasrah..Tajuk yang dibincangkan sangat terkesan pada diri saya,selama ini saya fikir saya sudah redha, sebenarnya TIDAK! Beliau tegaskan (melalui kata-kata Dr.Yusuf Al-Qaradawi) redha itu bukan saja terima tpi terima dengan lapang dada & yakin pada Allah. Percaya pada hikmah di sebaliknya..

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Di sini saya kongsi rakaman tersebut..


Mari sama-sama kita check diri kita ini benar-benar redha atau tidak?? Wallahualam...^_^



No comments:

Post a Comment