December 05, 2012

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk


Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.



Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.



Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.



Tetapi kita punya kah?



Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.



Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.



Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.



Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.



Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.



Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!
------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!


Manusia boleh berubah 1: Buruk kepada baik


Kita selalu lupa kenyataan ini. Lupa dalam amal dan perbuatan, lupa dalam minda dan akal fikiran, lupa dalam hati dan jiwa.

Mungkin satu waktu dahulu kita kenal Si A. Dia ada banyak perkara negatif di dalam dirinya. Kita tidak suka Si A pada suatu masa dahulu. Tetapi lama waktu berlalu, kita berjumpa semula dengan Si A. Si A berbeza daripada dahulu. Dia sudah berubah. Walaupun mungkin bukan 100%, tetapi dia menunjukkan perubahan.

                                  



Tetapi kita sukar menerimanya.
“Eleh, berlakon je kut”
“Ah, dulu punya luka masih besar lagi!”
“Ini silap haribulan sekejap je ni!”
Ayat-ayat begitulah yang keluar dari hati.



Akhirnya virus ini merebak ke dalam kehidupan. Kita tidak menghayati perubahan Si A. Kita tidak merasai betapa sukarnya dia hendak melakukan perubahan. Kita tidak tahu mungkin betapa menyesalnya Si A dengan kehidupannya yang lalu. Kita tidak tahu mungkin betapa dia bermati-matian untuk membawa dirinya ke arah apa yang dia sedang pijak hari ini.



Lebih buruk lagi, oleh kerana tidak puas hatinya kita kepada Si A, dan rasa macam tak puas hati dengan perubahan yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, lebih-lebih lagi apabila Si A muncul menonjol luar dari apa yang kita mungkin boleh jangkai, kita mula mencari mana lagi salah-salah Si A yang boleh dieksploitasi.



Di sinilah akhirnya yang sekecil kuman pun dibesarkan sebesar gajah. Dosa-dosa lama diungkit seakan baru. Salah faham yang mungkin berlaku dalam komunikasi, kehidupan Si A, dibesar-besarkan seakan ia adalah satu perkara yang ‘betul faham’. Dan apa-apa sahaja cerita buruk yang di’dengari’ dari orang lain akan Si A, dijaja seluruh dunia seakan benar.



Ini adalah penyakit.

Penyakit kerana kita tidak menyedari, bahawa manusia itu boleh berubah.
-------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!Hilal-AsyrafOfficial



Ya Allah, Lembutkanlah hati sahabatku,berikan taufik dan hidayahMu pada dia..Bimbinglah dia ke jalan syurgaMU..Amin.




November 27, 2012

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Assalamualaikum...

Dah sekian lama jari jemari sy menggerakkan "keyboard" menulis sesuatu di sini..Rasa rindu pulak...Banyak pula idea untuk dijadikan tajuk entri kali ni. Jadi saya senaraikan dlu idea2 ni, simpan untuk entri akan datang inshaAllah.. 

Entri kali ni saya nak kongsikan sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca khususnya oleh pasangan yang ingin berumahtangga dan merancang perkahwinan. 


Sebuah buku berjudul "Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta " iaitu hasil karya Shamsuddin Amir dan Ain Mohammad terbitan PTS. Buku ini sangat baik bagi menambahkan ilmu dan kemahiran sebelum dan selepas kahwin. 

Perkahwinan tu sendiri diibaratkan seperti satu peperiksaan. Ia memerlukan persediaan yang rapi, bijak dan juga berterusan (istiqomah). Banyak ilmu yang perlu dipelajari, dikaji, difahami, diulangkaji sebelum tibanya sesuatu peperiksaan penting. Bukan tu saja, segala formula dan teori tu perlu juga difahami dan dibiasakan dari awal lagi. Jangan sampai dek terlalu menghafal je, kalau tetiba "blank" masa peperiksaan kita akan terus terkandas dan tersungkur di situ dengan terpinga-pinga tak tahu apa yang patut dilakukan. Sama juga lah seperti perkahwinan, dan bukan bermakna persediaan rapi ini akan menjanjikan sebuah perkahwinan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangkannya kita inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan telah bersedia menghadapi segala kemungkinan baik mahupun buruk. Sebab itulah, amat penting bagi setiap pasangan untuk sentiasa menambahkan ilmu rumahtangga dari masa ke semasa. 

Oleh itu, apa kata kita mulakan persediaan dengan membaca buku ini..

Buku ni mengupas isu berkaitan empat fasa iaitu fasa permulaan (sebelum kahwin), fasa persediaan kahwin, fasa kahwin dan fasa selepas kahwin. Saya sendiri dah khatam beberapa kali buku ini bila ada masa yang terluang dan sering pilih topik kegemaran untuk mengingatkan diri yang sering terlupa ni. Sambil merancang kehidupan dalam perkahwinan yang saya sendiri belum pasti bila, inshaAllah saya yakin Allah telah rancangkan apa yang terbaik buat saya.


SINOPSIS

Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang,walaupun perancangan mereka itu belum tentuberjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan.Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yangpenuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dariawal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampumengelakkan bakal pengantin daripada terjebakdengan episod masalah kewangan yangberpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suamiisteri. Malah mengelakkan pasangan daripada hanyamenjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hambauntuk sepanjang hayat.

FASA PERMULAAN
Hukum Berkahwin, Syarat Sah Nikah yang mudah, Tanggungjawab seorang ayah, Duit poket bulanan untuk ibubapa, Rancang bilangan anak sebelum jatuh cinta, Dua Jiwa yang ada 1001 perbezaan, Persiapan melangkah ke Alam Rumahtangga, Dari 24 Jam menjadi beberapa jam, Cari Rumah Sebelum Tangga, Belanja Kahwin Mimpi Ngeri Lelaki Macho, Kahwin Muda Atasi Zina, Kahwin semasa belajar, Kahwin dengan pasangan dari negeri lain, Perayaan @ Ganjaran yang meningkatkan kualiti hidup dan Kursus Perkahwinan. 
FASA PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
Kursus Kewangan untuk bakal pengantin, Cara mudah untuk mengumpul duit belanja kahwin, Bercerai sebelum berkahwin, Raja Sehari ataupun Raja Sepanjang Hayat, Belanja Kahwin yang boleh dielakkan, Jika semua orang buta, Belanja yang merugikan @ hangus, Kurangkan kos Perkahwinan / Belanja kahwin yang boleh dielakkan, Perkahwinan yang paling mewah dan kaya, Wang Hantaran Paling Ideal, Bilangan Jemputan Kahwin, Kad Kenduri Kesyukuran perkahwinan, Kad Kahwin Selepas Kahwin, Saiz Kad Kahwin, Kad Kahwin Maya, Kad Kahwin Bertol, Kad Kenduri Makan Percuma, Buat Duit/Pahala Dengan Kad Kahwin, Senarai Hadiah Barangan Yang Diperlukan, Perancang Perkahwinan dan Membina Peta Raja Sepanjang Hayat.  
FASA KAHWIN
Perkahwinan ‘Pertama’ yang paling bahagia, Kalendar Perkahwinan, Majlis Merisik dan Pertunangan, Nikah tanpa kenduri (nikah gantung), Membiayai pernikahan dengan pinjaman, Gantikan hantaran dengan masa depan, Hantaran membuat hubungan mertua rapat, Majlis Perkahwinan di Hotel, Majlis Perkahwinan di Dewan Orang Ramai, Majlis Perkahwinan di rumah, Kenduri kahwin yang ringkas tetapi bahagia, Jemput Ustaz ataupun penceramah @ Raikan Tetamu Dengan Kejutan, Melangkah ke Alam Rumahtangga dengan Halal. 
FASA SELEPAS KAHWIN
Kenduri yang membuatkan pengantin perempuan muflis, Bincang, bincang, bincang, Bulan Madu Import tidak menjaminkan kebahagiaan, Bulan madu gaya tempatan – Melangkah ke Alam Rumahtangan Dengan Selamat, 1 Akal 9 Nafsu, Ana-anai dalam rumahtangga – tambah sikit berkenaan estim diri, Ekonomi Teguh rumahtangga kukuh, Dasar Ekonomi Keluarga Selamat, Gunakan Sistem Sampul Surat, Mula dengan penuh ataupun setengah berisi, Kenapa Berjimat! tidak perlu membazir, Suami isteri bekerja, Kahwin Grand Bercerai Grand, Tahun pertama selepas kahwin, Ilmu yang mencuri dari dompet kita, Hiasan menegangkan lagi hubungan suami dan isteri, Apabila Jiranmu mengatakan kamu baik.
Selamat membaca dan beramal ^_^

August 08, 2012

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Saya bersyukur kepada Allah Azza Wajalla, kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, sekali lagi saya dipertemukan dengan Ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan ini. Saya rasa bertuah kerana amalan dan ibadah saya pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seiring dengan itu, saya juga mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada-Nya. Saya rasa amat rugi sebab tidak menghayati ramadhan-ramadhan sebelum ini dan membiarkan ia berlalu begitu saja..

Kini, sepuluh terakhir Ramadhan menjelma lagi. Beberapa hari ini, Allah Taala menyediakan untuk hamba-hamba-Nya segala kebaikan, ganjaran, keampunan, kelebihan yang tidak mampu dihitung oleh kita.

Lailatul Qadar

Sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadar yang dapat diambil dari surah al-Qadar antaranya ialah:
  1. Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  2. Ia lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
  3. Para Malaikat akan turun ke dunia pada malamnya dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
  4. Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. laitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tampunglah segera kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan, sesuatu yang singkat?

Bilakah Lailatul Qadar?
  • Bulan Ramadhan.
  • Sepuluh terakhir Ramadhan. Lebih dikhususkan pada sepuluh terakhir Ramadhan berdasarkan banyak hadis, antaranya hadis muttafaq alaih: 
Maksudnya: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan”. 
                                                                                          [HR: Al-Bukhari dan Muslim]
Aisyah radhiallahu'anha(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir melebihi kesungguhannya pada masa-masa lain.

Aisyah ra juga meriwayatkan, maksudnya: “Adalah Nabi SAW pada dua puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba sepuluh terakhir, Baginda bersungguh-sungguh, dan mengetatkan kainnya”. [HR: Ahmad].

Menghidupkan malam bukan hanya dengan solat, malahan dengan pelbagai jenis ibadah seperti zikir, membaca aIQuran, beristighfar, berdoa dan lain-lain. Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh Aisyah ra: “Aku tidak mengetahui Rasulullah pernah mendirikan malam sehingga pagi”, maksudnya Rasulullah SAW tidak pernah solat sahaja sepanjang malam.”

Rasulullah SAW juga mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah. Baginda mahu supaya mereka juga tidak ketinggalan di dalam mendapat kebaikan yang disediakan Allah SWT.
  • Tujuh malam terakhir.
Bagi mereka yang tidak mampu menghidupkan pada permulaan sepuluh terakhir, maka boleh memulakan pada tujuh malam terakhir.

Sabda Rasulullah SAW:
“Carilah pada sepuluh terakhir. Jika salah seorang di kalangan kamu lemah atau tidak berupaya, maka janganlah dia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi.” [HR: Muslim].
  • Malam-malam ganjil (21,23,25,27,29).
Malam-malam ini lebih diharapkan adanya Lailatul Qadar, kerana warid bahawa Nabi SAW menyebut malam-malam tersebut.
  • Malam 27 Ramadhan.
Boleh jadi malam yang sangat diharapkan ialah pada malam 27, ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka'ab ra beliau berkata, yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah SAW telah menyuruh kami untuk bangun beribadah, iaitu malam yang ke 27,” dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami bahawasanya matahari yang akan terbit pada pagi harinya tiada sinarnya”.

Namun ramai ulama’ berpendapat malam Lailatul Qadar berpindah di antara malam-malam witir, tetapi yang ghalib kebanyakannya pada malam 27, dan bukanlah suatu yang tepat sekiranya kita menganggap pada malam tersebutlah sahaja akan berlaku Lailatul Qadar.

Cara Mendapatkan Lailatulqadar

Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.

Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.

Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.

Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Malam Itu (Lailatul Qadar)?


Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Boleh juga mengamalkanlah zikir berpahala 2 juta ini semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani).

Sekiranya Ditemukan Apa Yang Perlu Dimohon?

Bacaan Malam Lailatul Qadar.

Aisyah ra berkata: ”Wahai Rasulullah, sekiranya aku dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda:
                            
                 اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku.” 
[HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih].


Bagaimana Jika Tidak Ditemukan (Lailatul Qadar)
Apa yang penting ialah menghidupkan malam, kerana walaupun tidak berjumpa dengannya orang yang menghidupkan malam itu tetap akan diberi tawaran pengampunan dosa oleh Allah s.w.t.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana Seseorang Boleh Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar?

Sebagai perumpamaan : Orang yang menembak akan mengetahui samada tembakannya itu telah mengenai sasaran (misalnya burung yang ditembak). Walaupun dia tidak melihat burung itu mati, tetapi dia boleh/dapat merasainya.

Selain itu boleh juga dengan melihat pada amalan kita di tahun berikutnya, adakah amalan kita semakin bertambah atau semaking berkurangan, misalnya kita semakin kerap berjemaah di masjid bagi kaum lelaki. Begitu juga dengan kejahatan, apakah kita mampu meninggalkan kejahatan atau dosa yang biasa dilakukan pada tahun sebelumnya. Perubahan baik kepada amalan kita adalah tanda seseorang untuk Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar.

Doa Penyucian Jiwa



اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِى تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
Allahumma aati nafsii taqwaaha wa zakkihaa, anta khoiru man zakkaahaa, anta waliyyuhaa wa mawlahaa” 


[Ya Allah, anugerahkanlah kepada jiwaku ketakwaan, dan sucikanlah jiwaku (dengan ketakwaan itu), Engkau-lah Sebaik-baik Yang Mensucikannya, 
(dan) Engkau-lah Yang Menjaga serta Melindunginya]” 
(HSR. Muslim dalam Shahih Muslim no. 2722)



**Sumber: Risalah Ramadhan Al-Mubarak (2) Lailatul Qadar & I’tikaf, Al-Faqir ilaLlah & Sulaiman(2011)Formula Dan Tips Mendapatkan Lailatul Qadar.Terengganu

August 06, 2012

Lagu Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Ulang Reff.

August 04, 2012

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Doa ini diajar oleh Dato` Fadzilah Kamsah. Moga bermanfaat..

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Assalamualaikum wa Ramadhan Kareem....


Minggu lepas, saya temankan kakak ke sebuah bank di Nilai..Sebab tak nak menunggu kakak saya yang berurusan agak lama,saya ambil kesempatan cuci mata di kedai buku bersebelahan..Semua buku nampak menarik utk dibaca..niat hati nak cari Al-Quran Waqaf & Ibtida`, tpi stok tfsir belum sampai lagi sebab masih baru lagi di pasaran, InshaAllah kalau jumpa nti,saya akan beli..^_^


Lepas kira duit dalam beg..so,saya cuma grab 2 buah buku je.."Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit" adalah salah satu buku yang saya beli.Harga RM19.90,219 ms, penulisan Dr.Adi Hashman dari Indonesia.. 

Buku ini sangat bermanfaat untuk mengetahuai pelbagai rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang simple, luar biasa dan holistik (Menyeluruh). Perkongsian dari buku ini ibarat "buy one get two" iaitu beribadah dengan "doorprize" pahala dan kesihatan..Sebenarnya Sakit itu adalah MAHAL, sedangkan sihat bukan saja MURAH malah BERPAHALA. 

Penulisannya juga mudah difahami dan terperinci dalam setiap topik yang ditulis..ada topik yang sy dah familiar, tapi dalam buku ini, ia diterangkan dengan lebih teori,fakta sains &  praktikal..

Moga Allah redha dan memberkati usaha penulis ini..
Amin Ya Rabb.


June 12, 2012

Tanda-tanda orang yang berjaya melawan perangkap syaitan..

Pertama, dia jatuh cinta pada solat.Dia berasa senang melakukan solat fardu dan sunat lalu menganggapnya sebagai keperluan hidup yang utama spt makan dan minum, bukan sj sbg kewajipan.Dia tak lagi tertarik mendengar & melihat hal-hal yang tak penting, subahat, tercela dan sia-sia yang dirasakan mengotorkan hatinya, malah membenci hal-hal sedemikian. Dia hanya terhibur mendengar kalam-kalam Allah dan sentiasa  berzikir kpdNYa.
   Kedua, dia bersedih dan kasihan pada saudara2nya yang terjerat dgn nafsu dan syaitan. Perasaan itiu bertukar menjadi kasih sayang sehingga ingin megajak mereka mengikuti jalan yang lurus sama sepertinya. Malah ada juga orang yg ingin mendekatinya dan ingin bersahabat dengannya sedangkan dia tak pernah kenal orang itu.

  Ketiga, SubhanaAllah...Dia tidak kagum kpd rakan dan saudaranya yang memiliki harta yang melimpah ruah dan pangkat yang tinggi. Hatinya tenteram dgn zikir dan tasbih kpd Allah. Malah timbul rasa enggan mendekati org2 kaya dan berpangkat tinggi..
  
  Keempat, dia merasakan penderitaan org lain. Bila melihat hamba Allah yang kecacatan fizikal atau mental, hatinya tersayat dan air mata bercurahan malah mengasihi dan berdoa utk kesejahteraan org itu.

Kelima, dia bergantung hanya pada Allah. Ada ketika, Allah membiarkannya hidup bersendirian tanpa keluarga,sanak saudara dan sahabat yang mahu menolong  dan membahagiakan dirinya. Namun begitu,dia tidak menjadi kecewa dan sedih kerana dia yakin bahawa  Allah mahu dia bergantung padaNya.
   
   Terakhir...Hatinya tetap teguh berzikir dan bibir melantun tasbih..
   
   Ya Allah, jadikan lah aku di kalangan mereka ini..Amin.
   
..Allahuakbar..

May 16, 2012

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami


Muhasabah diri..

Ya Allah bantulah aku dalam mengingati-Mu dan bersyukur kepada-Mu serta melakukan ibadat yang terbaik kerana-Mu..

Amin ya Rabb..

7 sunnah Rasulullah saw

7 sunnah Rasulullah saw... mengamalkannya bererti mencintainya... Semoga kita semua dapat bertemu Rasulullah saw di hari akhir kelak... dalam mengenang diri kita ini yang banyak dosa, layakkah kita mendapat kan syafaat nabi... Muhasabah bersama-sama inshaallah...

Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi,
cinta ayah bonda tulus suci selamanya,
cintakan saudara masa berada hanya sementara,
cinta sesama insan.. suburkan dengan ketakwaan....

Pertama: 

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: 

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: 

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: 

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: 

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: 

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Jadi apa tunggu lagi, jom kita sama-sama terapkan sunnah

Rasulullah SAW dalam kehidupan kita sepertimana baginda ada bersabda iaitu “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”



Copy/paste di facebook
Moga bermanfaat..

May 15, 2012

Rapuh


Muhasabah diri sebelum tidor..
~Sekian~

Jauhi Supper!



Bismillahir Rahman nir Rahim.....

Apa itu supper?Ia adalah makan pada lewat malam dan merupakan tabiat makan yang sangat buruk sebab ia boleh membahayakan kesihatan dan pertambahan berat badan.
Perut kita menghasilakn sejenis asid bagi mencernakan makanan, dan jika kita terus berbaring di atas katil selepas supper, asid itu boleh merayap dan menyebabkan kerosakan kepada esofagus atau larinks. Ini akan menyebabkan penyakit refluks, gangguan suara dan masalah menelan.

Ia juga boleh menyebabkan pedih hulu hati ketika kita sedang tidur seterusnya membawa kepada ketidakselesaan sepanjang malam dan mengganggu pola tidur.

Masalah penghadaman semasa tidur akan mengakibatkan pembentukan kimia makanan. Pembentukan kimia menghasilkan bahan toksik yang mungkin beracun kepada badan, menyebabkan pedih hulu hati, ulser peptik dan dalam kes yang teruk, kanser!

Buat peringatan bersama…
Seperti yang kita semua tahu, selepas makan, kita harus tunggu & relax sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Jangan makan atau minum yg berat (melainkan jika ia adalah air kosong) sejam dan setengah jam sebelum tidur. Tetapi janganlah minum air yang terlalu banyak pula ya^^..Mungkin boleh minum susu atau teh carmomile. Kalau lapar juga, pilihlah makanan yang ringan, kuantiti sedikit, rendah protein dan karbohidrat,contohnya buah-buahan,itupun at least 1 jam sebelum tidor!

# Sebelum post ini ditulis, saya dilanda lapar dengan tiba-tiba..So bimbang tak boleh tidor jupgi saya ke dapur cari buah dengan langkah senyap paling minima kerana tak nak membangunkan family yang dah tidor..Bad habit ni memang dari zaman belajar lagi..tetapi x lah begitu kerap..kadang-kadang je hehe..Alasannya?letih belajar dan buat assignments.


Sekian saja..Selamat Malam^_^

May 14, 2012

Bila Waktu telah terhenti

Bila Waktu telah terhenti-Opick



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara

Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi

Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

#Hati saya sangat tersentuh mendengar lagu ini..terasa damai & tenang..musiknya terkesan dalam diri dan diiringi bait2 lagu yang indah, moga Opick akan terus berkarya dengan lagu2 sebegini..Saya meminati lagu-lagu Opick lain juga..Moga Allah redha dgn karya2 beliau..

Sekian,Wasalam..

May 13, 2012

Rezeki itu Rahsia Allah

Bismillahir Rahman nir Rahim.....


Benar,Rezeki itu Rahsia Allah..Rezeki itu adalah rahsia yang sukar untuk dijangka,.
Kerana itu jugalah,diri ini benar-benar yakin dan masih mampu untuk melalui hari-hari mendatang dengan senyuman. Benar ini adalah ujian dari Allah untuk mengukur sejauh mana keimanan dan kesabaran hambaNya..


Allah Maha suci..
Andai tidak diuji sebegini,mungkin diri ini akan terus leka akan nikmat pemberianMu, dan tidak akan terbuka mata hati ini dalam mencintaiMu..Berikanlah kekuatan padaku untuk menghadapi semua ini ya Allah..


Allah Maha Pemurah.. 
RezekiMu nyata berbeza-beza..Ada yang cepat/lambat,banyak/sedikit,baik/buruk..sungguh harmoni & saling melengkapi bagai satu kitaran..sesungguhnya Allah telah mengatur semuanya dengan sempurna & sistematik..
Allah Maha Adil.. 
Dlm firman Allah: Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (Surah Adz-Dzariyat: 22)


Teruskan berfikiran positif,pasangkan tekad dalam diri & berusaha..Jaga hubungan dengan Allah,amalkan solat dhuha, baca surah al-waqiah,zikrullah...
Insya Allah, Allah akan murahkan rezeki...

Moga Allah redha
Sekian,Wasalam.

My Natural Earth Colors

Bismillahir Rahman nir Rahim.......

Sebelum post ini ditulis, saya terpandang ke arah almari masih terbuka setelah berkemas tadi dan terus terdetik sesuatu di hati..kemudian saya terus memandang di sekeliling bilik dan hati saya tersenyum hihi..^^

Dan terus menggoogle sesuatu..

Ya Allah, baru lah saya perasaan betapa harmoninya koleksi pakaian dan barangan saya..bagai koleksi semusim je..semuanya natural earth color!!

Anda mesti membayangkan color seperti di bawah ini kan?^^ 

                 

Puas menggoogle,sy terjumpa website Earth Tones ni..ternyata memang banyak color range ni..
         
Description: Earthtone colors come from natural things around us: brown soil, green leaf, cloudy sky, as well as the red sun. These palettes can create a warm, nature-friendly atmosphere.
Meanings: Warm, safe, protective, sturdy, durable, rough
Implications: Earthy, environmental, welcoming, bold
Associations: Soil, forest, wood, countryside

Tetapi majoriti, pakaian & barangan lain sy berwarna coklat yang pelbagai..Saya mmg tak sedar yang saya begitu meminati color range ni,sungguh kebetulan!Dari baju kurung,jubah,tshirt,blaus,seluar, skirt,tudung,handbag,cardigan,kasut,hampir semua
mmg ketara dengan warna ni..Kenapa saya suka warna ni?Sebab ini adalah warna-warna selamat, tidak terlalu menonjol,senang utk dimix&match,simple, sweet,and not sure kenapa..Mungkin bagi orang lain warna2 ini terlalu kusam or tak berseri/ceria,tapi tidak bagi saya..^^
sekadar gambar hiasan
InshaAllah ada peluang nti,saya akan update dgn gambar barangan yang sy maksudkan..
lagipun beberapa barangan ni sy jarang/dah mula tidak memakainya, moga Allah redha..saya tetap akan simpan sebagai khazanah silam...

Selain itu saya saya juga meminati warna pastel, iaitu warna lembut atau warna pucat. Warna ni dihasilkan dengan campurkan warna asas dengan warna putih yang banyak.

Tahukah anda warna mempunyai tenaga! 
Merah – ghairah, panas, romantis, agresif, rangsang selera makan
Merah Jambu – feminim, kelembutan, kasih sayang
Coklat –  serius, semulajadi, maskulin,eksklusif
Ungu – mewah, glamor, elegan, versatile
Hijau –  segar, aman, harmoni, seimbang
Biru –  sejuk, tenang, kedamaian, dingin, selesa, kesederhanaan, kesembuhan
Kuning – keceriaan, hangat, terang, keluasan,gembira
Jingga – aktif, riang, kreatif, hangat, santai
Hitam – kesedihan, kegelapan, sofistikated, misteri
Putih – bersih, suci, natural, ringkas

Sekian,Wasalam..