April 30, 2012

Resipi Mandy Kambing

Bahan-bahan Nasi & Lauk (3-4org)
700 g kambing yang ada lemak 
@sudu besar serbuk beriani Faiza
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 kumtum bunga lawang
10 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia (diketuk)
Sedikit Serbuk Cili
Kunyit (sy xgna pewarna/safron)3 cawan beras basmathi
2 senduk mentega
2 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih
1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
10 biji Kentang(saiz kecil)
2 biji carrot (dlm gambar xda carrot,lupe beli hehe)
garam & gula secukup rasa 


Bahan-bahan Salad
2 biji tomato
1 biji timun
1 btg pkok salad/sawi/kubis
1/2 biji bawang besar
2biji cili padi
sedikit daun Sup/Ketumbar
lemon
garam & gula secukup rasa


Bahan-Bahan Salatah 
1 biji tomato
10 cili kcil
sedikit daun Sup/Ketumbar
lemon
garam & gula secukup rasa


Cara-cara memasak:


1. Rebus sehingga empuk bersama rempah ratus pelaga, kayu manis,cengkih, bunga lawang dan halia. Masukkan byk air sebab nti akn gunakan separuh air rebusan ni utk masak nasi..lepas ambil air rebusan yg diperlukan, masukkan bawang besar & putih, tomato, kentang, daun sup, serbuk cili, serbuk ketumbar, lada hitam, carrot (if ada),rebus sehingga daging dan kentang empuk..akhir skali, masukkan potongan lemon(1/2) bahan perasa...simple je kan..^_^


 2. Utk masak nasi, tumis bawang besar & putih bersama mentega & sedikit minyak zaitun sehingga layu. Masukkan serbuk beriani,serbuk cili,kunyit, garam, beras basmathi dan air rebusan dgig kambing tdi..kemudian pindahkan ke periuk nasi elektrik. Bila nasi dah masak,boleh lah taburkan daun sup atas nasi itu k..


3. Untuk salad, tomato,bawang dan timun dipotong dadu,salad dipotong dlm 1/2 inci,daun sup dipotong halus..campur semua bahan,masukkan garan dan gula bersama perahan lemon..


4. Untuk salatah, kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.

Selamat Mencuba...^_^

Belajar buat cupcakes

Assalam..


W a r n i n g! This entry will be bombarded with cute & happy cupcakes...^.^
Hari ni entah kenapa saya terbuka hati nk belajar buat cupcakes,so saya mula google resipi & tips  utk buat cupcakes...so,saya nk share something that would be a nice reference...


Langkah penting utk yang baru2 belajar nk buat cupcakes ini adalah seperti kt bawah ni:


1) Resipi cupcake(basic)
Ini sangat penting bagi menentukan "kejayaan" dlm buat cupcakes ni..sebab sy percaya Rasa Wajib Sehebat Rupa..byk yg perlu sy belajar ni tips2 sukatan,adunan,bakar..see i`m totally zero..
Ok.......Memang terlalu banyak jenis cupckes cthnye Chocolate, Vanilla, Orange, Red Velvet, choc peanut,oreo cupcakes and more unique cupcakes..
Di sini adalah resipi yg nmpk menarik n simple utk dicube..      
          i) Cupcakes Basic: How to bake cupcakes
         ii) Vanilla Cupcakes
        iii) Red Velvet Cupcakes  
   
2) Cara buat & warnakan Krim Icing
Krim icing juga penting dalam dekorasi cupcake atau kek. Kalau tersalah buat,krim icing tak akan tahan lama dan mudah cair..will be bad cuppies day..(^_^)


            i) How To Do A Frosting From Scratch
           ii)Butter Cream Frosting

Cupcakes yg comel dan menarik datang dari warna krim icing..ini juga penting selain mini deco yang lain.. 


3) Cara Membuat Dekorasi Cupcake-Bunga, Fondant Huruf etc...
Part ni sgt menarik coz utk deco sgt fun..terpulang pd kreativiti masing2..hehe..tapi harus ada basic deco skills juga tau.
ni jenis nozzle utk deco...
        i) Four different icing techniques

Saya sgt suke this one..so gorjes..Hydrangea Cupcakes ^_^
Sbg permulaan,sy wajib mndapatlkan deco supply & accessories..
Hingga skrg, Ade 1 page yg saya jumpe cakeconnection shop yg terletak kt Jalan Universiti,Petaling Jya..


p/s: Other shop ni dari US hukhuk >.<


InshaAllah,akan diupdate dalam tempoh terdekat...(^_^)

April 29, 2012

Tinggalkan Lima Perkara Demi Kebaikan di Dunia & Akhirat


1) Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.


2) Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.


3) Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4) Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.
5) Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Z
at Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan

Wallahualam...(^.^)

Pendapat Dan Pandangan Hilal Asyraf Berkenaan BERSIH!



Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.

2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.

3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.

5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar. 

Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?

Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."

9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!

Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:

Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.

Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya. 

Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

Sekian.

---------------------------------------------

Sekadar pandangan saya,

orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.



April 15, 2012

Dosa-Dosa Wanita Yang Dianggap Lazim

....Assalamu`alaikum w.b.t....

Bahan bacaan baru..

Sekadar ingin berkongsi sebuah buku menarik yang saya baru beli 2 minggu lepas..Buku ini ditulis oleh Syeikh Nada Abu Ahmad berjudul "Dosa-Dosa Wanita Yang Dianggap Lazim" dengan judul asalnya "Silsilah Min Akhtha`in Nisa`" terbitan Al Hidayah Publication..

Inilah buku yg dmaksudkan..
Isi kandungan buku meliputi 6 bahagian dengan keseluruhan 640 muka surat. Ia sarat dengan peringatan tentang dosa-dosa yg sering dipandang remeh oleh wanita khasnya dan juga secara umumnya,terdapat banyak perkongsian amalan-amalan yang salah,rosak dan terpesong dari ajaran islam..turut terselit ayat-ayat AlQuran dan hadis yg diatur dgn baik bagi setiap isu.. 

M/S 4-5

                                           Sinopsis:
Harga: RM40.00
Apabila membicarakan tentang dosa-dosa yang sering dikaitkan dengan wanita, bukan bermakna Islam ini adalah agama yang bersifat diskriminasi terhadap wanita. Dan bukan juga Islam ini merendah-rendahkan martabat dan maruah kaum hawa. Bahkan dalam Agama Islam, martabat kaum wanita begitu tinggi sekali khususnya seorang wanita yang bergelar 'Ibu'. Keutamaan ibu itu lebih tiga kali ganda daripada seorang bapa. Sekiranya seorang anak dipanggil oleh kedua-dua ibubapanya, lebih utamakan untuk menyahut panggilan si ibu didahulukan daripada bapanya. Insan yang mesti dihormati dan yang pertama adalah ibu, kedua ibuu, ketiga ibu dan keempatnya barulah bapa. Begitulah betapa tingginya taraf wanita dalam Islam. Ketaatan seorang wanita adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang lelaki pula adalah kepada ibunya.


Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah S.W.T. Di atas dasar kasih sayang dan cinta terhadap kaum hawa maka disampaikan pesanan itu agar hidup mereka sentiasa diberkati dan diredai oleh Allah S.WT. Semoga dengan apa yang dinukilkan di dalam buku ini memberikan kita panduan dan rujukan agar kaum hawa khusus mereka yang kita sayangi dan cintai dilimpahi keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan Ilahi.



Lebih-lebih di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini. Kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang jitu dan mantap amat-amat ditagih. Supaya kita tidak hanyut dibawa arus kemodenan dan lemas dalam lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita. Semoga dengan keteguhan iman dan jiwa serta ilmu yang mantap itu dapat kita manfaatkan kemodenan dan kecanggihan teknologi tersebut untuk kita meraih lebih banyak pahala dan keberkatan daripada Allah S.W.T.


P/s: Saya masih belum selesai baca buku ni..akan habiskan dlm tempoh terdekat InshaAllah, hope ramai yang dpt manfaat dri buku ini,InshaAllah (^_^ )

Wassalam..

April 14, 2012

Antara Harapan, Taubat & Doa

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan..

Ketika harapan dirasakan tiada lagi.......
Credit to: Facebook Dr.MAZA

Subhanalllah, Alhamdulilah, Allahhuakbar...


Sebaknya mendengar ceramah Dr.MAZA ni..sangat mantap sekali dia berkata-kata,bisa menyenangkan hati-hati yang resah dan memberikan sinar buat yang masih terkapai-kapai mencari jalan taubat..

Diri ini terlalu banyak berdosa terhadapMu,ya Allah..

Ampunilah aku,rahmatilah aku dan terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih dan Penyayang..Amin ya Rabb..>.<

April 10, 2012

Sup Kimchi Daging

...Assalamu`alaikum w.b.t...

Hari ni saya nak kongsi resipi Sup Kimchi dan Daging super simple for org kebujangan and versi melayu,super pedas...(^_^)

Bahan-bahannya:
Kimchi...................................2 ketul 
(kimchi ni mestilah homemade,resipi buat kimchi,click disini)
Bawang putih .....................2-3 ulas
Bawang bombay.................1 biji
Daging...................................300-500gram (terpulang)
Pes cili...................................2 sudu besar
Cili padi.................................tambahan bagi selera masing2 (^_^)

Cara Masak:
1) Tumis bawang putih & bombay.
    Tunggu sampai naik bau n kekuningan..















2) Masukkan daging..goreng sampai sedikit garing..sebenarnya resipi asal xde lah nk tumis2 nih,just rebus semua bahan pai masak..saya dah try tapi kurang hebat rasanya......harus TUMIS dlu macam ni ok..(^_^)




3) Potong kimchi dlm 1 inci...(ini lah rupa kimchi yang saya simpan selama 2 hari, berbeza resipi asal,saya tak letak tiram/udang..hanyir..love the v very basic kimchi..) kemudian, masukkan lebihan kuah perapan kimchi dalam kuali dan tambah air supaya daging empuk (terpulang byk mana kuah yg anda nak..)

4) Bila daging dah mula empuk,masukkan kimchi...tutup kuali..biar dlm 10min supaya semua bahan dapat beramah mesra..(^_^)



5) Ups...jgn lupa masukkan pes cili, cili padi & perasa...garam tambah ikut keperluan sebab kimchi itu dah cukup masin..selesai!









Cara Hidangan:
Makan dengan nasi putih panas + daging/ayam goreng kunyit bercili/ikan masak cili/sayur campur etc...tpi saya lebih gemar gabungkan masakan daging + sup kimchi ni,sgt menyelerakan...


Wajib dihidang panas-panas ye..selamat mencuba!Wassalam (^_^)