August 08, 2012

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Saya bersyukur kepada Allah Azza Wajalla, kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, sekali lagi saya dipertemukan dengan Ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan ini. Saya rasa bertuah kerana amalan dan ibadah saya pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seiring dengan itu, saya juga mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada-Nya. Saya rasa amat rugi sebab tidak menghayati ramadhan-ramadhan sebelum ini dan membiarkan ia berlalu begitu saja..

Kini, sepuluh terakhir Ramadhan menjelma lagi. Beberapa hari ini, Allah Taala menyediakan untuk hamba-hamba-Nya segala kebaikan, ganjaran, keampunan, kelebihan yang tidak mampu dihitung oleh kita.

Lailatul Qadar

Sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadar yang dapat diambil dari surah al-Qadar antaranya ialah:
  1. Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  2. Ia lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
  3. Para Malaikat akan turun ke dunia pada malamnya dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
  4. Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. laitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tampunglah segera kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan, sesuatu yang singkat?

Bilakah Lailatul Qadar?
  • Bulan Ramadhan.
  • Sepuluh terakhir Ramadhan. Lebih dikhususkan pada sepuluh terakhir Ramadhan berdasarkan banyak hadis, antaranya hadis muttafaq alaih: 
Maksudnya: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan”. 
                                                                                          [HR: Al-Bukhari dan Muslim]
Aisyah radhiallahu'anha(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir melebihi kesungguhannya pada masa-masa lain.

Aisyah ra juga meriwayatkan, maksudnya: “Adalah Nabi SAW pada dua puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba sepuluh terakhir, Baginda bersungguh-sungguh, dan mengetatkan kainnya”. [HR: Ahmad].

Menghidupkan malam bukan hanya dengan solat, malahan dengan pelbagai jenis ibadah seperti zikir, membaca aIQuran, beristighfar, berdoa dan lain-lain. Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh Aisyah ra: “Aku tidak mengetahui Rasulullah pernah mendirikan malam sehingga pagi”, maksudnya Rasulullah SAW tidak pernah solat sahaja sepanjang malam.”

Rasulullah SAW juga mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah. Baginda mahu supaya mereka juga tidak ketinggalan di dalam mendapat kebaikan yang disediakan Allah SWT.
  • Tujuh malam terakhir.
Bagi mereka yang tidak mampu menghidupkan pada permulaan sepuluh terakhir, maka boleh memulakan pada tujuh malam terakhir.

Sabda Rasulullah SAW:
“Carilah pada sepuluh terakhir. Jika salah seorang di kalangan kamu lemah atau tidak berupaya, maka janganlah dia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi.” [HR: Muslim].
  • Malam-malam ganjil (21,23,25,27,29).
Malam-malam ini lebih diharapkan adanya Lailatul Qadar, kerana warid bahawa Nabi SAW menyebut malam-malam tersebut.
  • Malam 27 Ramadhan.
Boleh jadi malam yang sangat diharapkan ialah pada malam 27, ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka'ab ra beliau berkata, yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah SAW telah menyuruh kami untuk bangun beribadah, iaitu malam yang ke 27,” dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami bahawasanya matahari yang akan terbit pada pagi harinya tiada sinarnya”.

Namun ramai ulama’ berpendapat malam Lailatul Qadar berpindah di antara malam-malam witir, tetapi yang ghalib kebanyakannya pada malam 27, dan bukanlah suatu yang tepat sekiranya kita menganggap pada malam tersebutlah sahaja akan berlaku Lailatul Qadar.

Cara Mendapatkan Lailatulqadar

Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.

Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.

Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.

Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Malam Itu (Lailatul Qadar)?


Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Boleh juga mengamalkanlah zikir berpahala 2 juta ini semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani).

Sekiranya Ditemukan Apa Yang Perlu Dimohon?

Bacaan Malam Lailatul Qadar.

Aisyah ra berkata: ”Wahai Rasulullah, sekiranya aku dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda:
                            
                 اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku.” 
[HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih].


Bagaimana Jika Tidak Ditemukan (Lailatul Qadar)
Apa yang penting ialah menghidupkan malam, kerana walaupun tidak berjumpa dengannya orang yang menghidupkan malam itu tetap akan diberi tawaran pengampunan dosa oleh Allah s.w.t.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana Seseorang Boleh Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar?

Sebagai perumpamaan : Orang yang menembak akan mengetahui samada tembakannya itu telah mengenai sasaran (misalnya burung yang ditembak). Walaupun dia tidak melihat burung itu mati, tetapi dia boleh/dapat merasainya.

Selain itu boleh juga dengan melihat pada amalan kita di tahun berikutnya, adakah amalan kita semakin bertambah atau semaking berkurangan, misalnya kita semakin kerap berjemaah di masjid bagi kaum lelaki. Begitu juga dengan kejahatan, apakah kita mampu meninggalkan kejahatan atau dosa yang biasa dilakukan pada tahun sebelumnya. Perubahan baik kepada amalan kita adalah tanda seseorang untuk Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar.

Doa Penyucian Jiwa



اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِى تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
Allahumma aati nafsii taqwaaha wa zakkihaa, anta khoiru man zakkaahaa, anta waliyyuhaa wa mawlahaa” 


[Ya Allah, anugerahkanlah kepada jiwaku ketakwaan, dan sucikanlah jiwaku (dengan ketakwaan itu), Engkau-lah Sebaik-baik Yang Mensucikannya, 
(dan) Engkau-lah Yang Menjaga serta Melindunginya]” 
(HSR. Muslim dalam Shahih Muslim no. 2722)



**Sumber: Risalah Ramadhan Al-Mubarak (2) Lailatul Qadar & I’tikaf, Al-Faqir ilaLlah & Sulaiman(2011)Formula Dan Tips Mendapatkan Lailatul Qadar.Terengganu

August 06, 2012

Lagu Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Ulang Reff.

August 04, 2012

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Doa ini diajar oleh Dato` Fadzilah Kamsah. Moga bermanfaat..

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Assalamualaikum wa Ramadhan Kareem....


Minggu lepas, saya temankan kakak ke sebuah bank di Nilai..Sebab tak nak menunggu kakak saya yang berurusan agak lama,saya ambil kesempatan cuci mata di kedai buku bersebelahan..Semua buku nampak menarik utk dibaca..niat hati nak cari Al-Quran Waqaf & Ibtida`, tpi stok tfsir belum sampai lagi sebab masih baru lagi di pasaran, InshaAllah kalau jumpa nti,saya akan beli..^_^


Lepas kira duit dalam beg..so,saya cuma grab 2 buah buku je.."Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit" adalah salah satu buku yang saya beli.Harga RM19.90,219 ms, penulisan Dr.Adi Hashman dari Indonesia.. 

Buku ini sangat bermanfaat untuk mengetahuai pelbagai rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang simple, luar biasa dan holistik (Menyeluruh). Perkongsian dari buku ini ibarat "buy one get two" iaitu beribadah dengan "doorprize" pahala dan kesihatan..Sebenarnya Sakit itu adalah MAHAL, sedangkan sihat bukan saja MURAH malah BERPAHALA. 

Penulisannya juga mudah difahami dan terperinci dalam setiap topik yang ditulis..ada topik yang sy dah familiar, tapi dalam buku ini, ia diterangkan dengan lebih teori,fakta sains &  praktikal..

Moga Allah redha dan memberkati usaha penulis ini..
Amin Ya Rabb.