December 05, 2012

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk


Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.



Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.



Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.



Tetapi kita punya kah?



Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.



Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.



Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.



Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.



Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.



Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!
------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!


Manusia boleh berubah 1: Buruk kepada baik


Kita selalu lupa kenyataan ini. Lupa dalam amal dan perbuatan, lupa dalam minda dan akal fikiran, lupa dalam hati dan jiwa.

Mungkin satu waktu dahulu kita kenal Si A. Dia ada banyak perkara negatif di dalam dirinya. Kita tidak suka Si A pada suatu masa dahulu. Tetapi lama waktu berlalu, kita berjumpa semula dengan Si A. Si A berbeza daripada dahulu. Dia sudah berubah. Walaupun mungkin bukan 100%, tetapi dia menunjukkan perubahan.

                                  



Tetapi kita sukar menerimanya.
“Eleh, berlakon je kut”
“Ah, dulu punya luka masih besar lagi!”
“Ini silap haribulan sekejap je ni!”
Ayat-ayat begitulah yang keluar dari hati.



Akhirnya virus ini merebak ke dalam kehidupan. Kita tidak menghayati perubahan Si A. Kita tidak merasai betapa sukarnya dia hendak melakukan perubahan. Kita tidak tahu mungkin betapa menyesalnya Si A dengan kehidupannya yang lalu. Kita tidak tahu mungkin betapa dia bermati-matian untuk membawa dirinya ke arah apa yang dia sedang pijak hari ini.



Lebih buruk lagi, oleh kerana tidak puas hatinya kita kepada Si A, dan rasa macam tak puas hati dengan perubahan yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, lebih-lebih lagi apabila Si A muncul menonjol luar dari apa yang kita mungkin boleh jangkai, kita mula mencari mana lagi salah-salah Si A yang boleh dieksploitasi.



Di sinilah akhirnya yang sekecil kuman pun dibesarkan sebesar gajah. Dosa-dosa lama diungkit seakan baru. Salah faham yang mungkin berlaku dalam komunikasi, kehidupan Si A, dibesar-besarkan seakan ia adalah satu perkara yang ‘betul faham’. Dan apa-apa sahaja cerita buruk yang di’dengari’ dari orang lain akan Si A, dijaja seluruh dunia seakan benar.



Ini adalah penyakit.

Penyakit kerana kita tidak menyedari, bahawa manusia itu boleh berubah.
-------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!Hilal-AsyrafOfficial



Ya Allah, Lembutkanlah hati sahabatku,berikan taufik dan hidayahMu pada dia..Bimbinglah dia ke jalan syurgaMU..Amin.




November 27, 2012

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Assalamualaikum...

Dah sekian lama jari jemari sy menggerakkan "keyboard" menulis sesuatu di sini..Rasa rindu pulak...Banyak pula idea untuk dijadikan tajuk entri kali ni. Jadi saya senaraikan dlu idea2 ni, simpan untuk entri akan datang inshaAllah.. 

Entri kali ni saya nak kongsikan sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca khususnya oleh pasangan yang ingin berumahtangga dan merancang perkahwinan. 


Sebuah buku berjudul "Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta " iaitu hasil karya Shamsuddin Amir dan Ain Mohammad terbitan PTS. Buku ini sangat baik bagi menambahkan ilmu dan kemahiran sebelum dan selepas kahwin. 

Perkahwinan tu sendiri diibaratkan seperti satu peperiksaan. Ia memerlukan persediaan yang rapi, bijak dan juga berterusan (istiqomah). Banyak ilmu yang perlu dipelajari, dikaji, difahami, diulangkaji sebelum tibanya sesuatu peperiksaan penting. Bukan tu saja, segala formula dan teori tu perlu juga difahami dan dibiasakan dari awal lagi. Jangan sampai dek terlalu menghafal je, kalau tetiba "blank" masa peperiksaan kita akan terus terkandas dan tersungkur di situ dengan terpinga-pinga tak tahu apa yang patut dilakukan. Sama juga lah seperti perkahwinan, dan bukan bermakna persediaan rapi ini akan menjanjikan sebuah perkahwinan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangkannya kita inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan telah bersedia menghadapi segala kemungkinan baik mahupun buruk. Sebab itulah, amat penting bagi setiap pasangan untuk sentiasa menambahkan ilmu rumahtangga dari masa ke semasa. 

Oleh itu, apa kata kita mulakan persediaan dengan membaca buku ini..

Buku ni mengupas isu berkaitan empat fasa iaitu fasa permulaan (sebelum kahwin), fasa persediaan kahwin, fasa kahwin dan fasa selepas kahwin. Saya sendiri dah khatam beberapa kali buku ini bila ada masa yang terluang dan sering pilih topik kegemaran untuk mengingatkan diri yang sering terlupa ni. Sambil merancang kehidupan dalam perkahwinan yang saya sendiri belum pasti bila, inshaAllah saya yakin Allah telah rancangkan apa yang terbaik buat saya.


SINOPSIS

Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang,walaupun perancangan mereka itu belum tentuberjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan.Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yangpenuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dariawal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampumengelakkan bakal pengantin daripada terjebakdengan episod masalah kewangan yangberpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suamiisteri. Malah mengelakkan pasangan daripada hanyamenjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hambauntuk sepanjang hayat.

FASA PERMULAAN
Hukum Berkahwin, Syarat Sah Nikah yang mudah, Tanggungjawab seorang ayah, Duit poket bulanan untuk ibubapa, Rancang bilangan anak sebelum jatuh cinta, Dua Jiwa yang ada 1001 perbezaan, Persiapan melangkah ke Alam Rumahtangga, Dari 24 Jam menjadi beberapa jam, Cari Rumah Sebelum Tangga, Belanja Kahwin Mimpi Ngeri Lelaki Macho, Kahwin Muda Atasi Zina, Kahwin semasa belajar, Kahwin dengan pasangan dari negeri lain, Perayaan @ Ganjaran yang meningkatkan kualiti hidup dan Kursus Perkahwinan. 
FASA PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
Kursus Kewangan untuk bakal pengantin, Cara mudah untuk mengumpul duit belanja kahwin, Bercerai sebelum berkahwin, Raja Sehari ataupun Raja Sepanjang Hayat, Belanja Kahwin yang boleh dielakkan, Jika semua orang buta, Belanja yang merugikan @ hangus, Kurangkan kos Perkahwinan / Belanja kahwin yang boleh dielakkan, Perkahwinan yang paling mewah dan kaya, Wang Hantaran Paling Ideal, Bilangan Jemputan Kahwin, Kad Kenduri Kesyukuran perkahwinan, Kad Kahwin Selepas Kahwin, Saiz Kad Kahwin, Kad Kahwin Maya, Kad Kahwin Bertol, Kad Kenduri Makan Percuma, Buat Duit/Pahala Dengan Kad Kahwin, Senarai Hadiah Barangan Yang Diperlukan, Perancang Perkahwinan dan Membina Peta Raja Sepanjang Hayat.  
FASA KAHWIN
Perkahwinan ‘Pertama’ yang paling bahagia, Kalendar Perkahwinan, Majlis Merisik dan Pertunangan, Nikah tanpa kenduri (nikah gantung), Membiayai pernikahan dengan pinjaman, Gantikan hantaran dengan masa depan, Hantaran membuat hubungan mertua rapat, Majlis Perkahwinan di Hotel, Majlis Perkahwinan di Dewan Orang Ramai, Majlis Perkahwinan di rumah, Kenduri kahwin yang ringkas tetapi bahagia, Jemput Ustaz ataupun penceramah @ Raikan Tetamu Dengan Kejutan, Melangkah ke Alam Rumahtangga dengan Halal. 
FASA SELEPAS KAHWIN
Kenduri yang membuatkan pengantin perempuan muflis, Bincang, bincang, bincang, Bulan Madu Import tidak menjaminkan kebahagiaan, Bulan madu gaya tempatan – Melangkah ke Alam Rumahtangan Dengan Selamat, 1 Akal 9 Nafsu, Ana-anai dalam rumahtangga – tambah sikit berkenaan estim diri, Ekonomi Teguh rumahtangga kukuh, Dasar Ekonomi Keluarga Selamat, Gunakan Sistem Sampul Surat, Mula dengan penuh ataupun setengah berisi, Kenapa Berjimat! tidak perlu membazir, Suami isteri bekerja, Kahwin Grand Bercerai Grand, Tahun pertama selepas kahwin, Ilmu yang mencuri dari dompet kita, Hiasan menegangkan lagi hubungan suami dan isteri, Apabila Jiranmu mengatakan kamu baik.
Selamat membaca dan beramal ^_^